Inisiatif Pemuliharaan

Penanaman Pokok di Kawasan Pemuliharaan Hutan Kg. Tanjung


Pengurusan Kanan PKPP telah mengambil bahagian dalam acara simbolik menanam pokok di Kawasan Pemuliharaan Hutan Kg. Tanjung, Pekan pada 10 Mac 2022 yang lalu.Sebanyak 6 pokok ramin, 6 pokok merawan siput jantan dan 6 pokok meranti paya ditanam. Acara tersebut diadakan sempena Lawatan Pengurusan PKPP Ke Ladang PKPP Paloh Hinai & Ladang PKPP Sri Jelutong dimana kedua-dua ladang tersebut diuruskan oleh PKPP Agro Sdn. Bhd.

10 Mac 2022 (Khamis)

Kempen Menanam 100 Juta Pokok

PKPP telah melancarkan Kempen Menanam Pokok 100 juta peringkat PKPP pada 3 Ogos 2022, di Taman Nadir dan Herba di Paya Bungor. Ini bagi menyahut Program Penghijauan Malaysia bagi tempoh 2021 – 2025. Majlis pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPP dan dihadiri oleh Pengurusan Kanan PKPP dan LKPP Corporation Sdn. Bhd.

Menanam pokok petai (parkia speciosa) di Paya Bungor

Menanam parkia speciosa di Paya Bungor

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI PAHANG
    Bangunan PKPP, Jalan Gambut, 25990 Kuantan, Pahang, Malaysia.
    Tel : 09 556 2455
    E-mel : [email protected]
ms_MYMalay