PKPP telah melancarkan Kempen Menanam Pokok 100 juta peringkat PKPP pada 3 Ogos 2022 bertempat di Taman Nadir dan Herba di Paya Bungor. Ini sebagai tindak balas kepada Program Penghijauan Malaysia bagi tempoh 2021-2025. Majlis pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPP dan dihadiri oleh Pengurusan Kanan PKPP dan LKPP Corporation Sdn. Bhd.















